Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

Mural DBP berusia 54 tahun dibaik pulih

29 Jan 2015 - Proses membaik pulih mural berusia 54 tahun di bahagian hadapan Balai Budaya Tun Syed, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, yang tertanggal baru-baru ini akan selesai selewat-lewatnya Jun tahun hadapan.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Awang Sariyan, berkata mural oleh Ismail Mustam yang disiapkan pada tahun 1961 dan menggunakan sebanyak 1.4 juta kepingan mozek itu, perlu digantikan selepas tertanggal ketika kerja ubah suai Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Beliau berkata, bangunan diwartakan di bawah Akta Warisan Negara 2005 itu, sudah tidak digunakan sejak tahun 2002 dan pengubahsuaian dilakukan bagi membolehkannya untuk menempatkan antaranya Muzium Bahasa dan Persuratan serta Akademi DBP.

Mozek Tertanggal
"Ketika pembaikan dan pengubahsuaian, sebanyak 80 peratus kepingan mozek pelbagai warna di mural itu luruh daripada dinding menyebabkan semuanya terpaksa ditanggalkan.

"Kontraktor yang melakukan kerja baik pulih sudah mengasingkan mozek terbabit dan melakukan analisis dengan peralatan moden. Semua mozek yang tertanggal itu, akan dilekatkan kembali ke dinding mengikut mural asal dihasilkan Ismail," katanya kepada Sastera BH.

Kerja baik pulih yang boleh dilihat dari Jalan Dewan Bahasa menimbulkan pertanyaan di kalangan orang termasuk khalayak sastera yang khuatir sekiranya mural bertajuk Cara Hidup di Malaya dan Bahasa Kebangsaan oleh Ismail yang mempunyai nilai sejarah itu digantikan.

Mural menggunakan kepingan kepingan mozek berukuran 1 sentimeter(sm) x 1 sm itu adalah antara mural terawal di Negara ini yang menggunakan pendekatan inklusif dalam menggambarkan keindahan masyarakat berbilang kaum melalui penyepaduan sejarah, budaya dan sosial.

 

Dokumentasi dan Video

Menurut Dr. Awang, kerja membaik pulih mural itu dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Warisan Negara dan turut dirakamkan secara video bagi tujuan dokumentasi sekali gus memastikan kerja baik pulih dilakukan mengikut karya asal oleh Ismail.

  "Tidak benar apabila dakwaan yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mural itu rosak selepas digerudi."

    "Ia luruh disebabkan pelbagai faktor termasuk cuaca. Apatah lagi ketika disiapkan 54 tahun lalu, teknologi yang digunakan bagi menyiapkan mural berkenaan tidak secanggih sekarang,"katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.